TRAGEDI 13 MEI (PUNCA DAN PENGAJARAN)

ETIKA DAN PERADABAN

COURSE CODE : MPU21032 

          PENSYARAH : ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA


AHLI KUMPULAN 

💨Nur Alia Husna Binti Md Hashim (14DPR21F1026)

💨Nur Adilah Diyana Binti Azlan (14DPR21F1018)

💨Nur Asyeeqa Safwa Binti Muhamad Amin (14DPR21F1028)

💨Seri Maisarah Binti Saleh (14DPR21F1034)


TRAGEDI 13 MEI

PENGENALAN: 

Peristiwa 13 Mei merupakan rusuhan yang berlaku antara kaum yang paling tragis didalam negara kita, Malaysia, iaitu telah membabitkan kaum Cina dan kaum Melayu. Tragedi ini telah meragut nyawa dan harta benda juga dikabarkan berkait rapat dengan pilihan raya umum 10 Mei 1969. Namun penceritaan semula kisah ini adalah untuk membincangkan dan mengulas punca-punca konflik ini berlaku dan pengajaran yang sepatutya kita peroleh daripada kisah yang tragis ini.

ISI KANDUNGAN:

1.0 - LATAR BELAKANG

2.0 - PUNCA BERLAKUNYA KONFLIK

3.0 - PENGAJARAN YANG DAPAT DIPEROLEH


1.0- LATAR BELAKANG 

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.

Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Parti Tindakan Demokratik dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.

Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis.

Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (Mageran), pergaduhan mula berlaku di Setapak dalam pukul 6 petang apabila sekumpulan pemuda Cina menghalang beberapa orang Melayu yang dalam perjalanan ke Kampung Baru untuk menyertai perarakan UMNO dengan membaling botol kaca dan batu ke arah mereka.

Pada hari seterusnya 5 pagi, Hospital Kuala Lumpur memberi laporan bahawa 80 orang meninggal dunia pada rusuhan pertama yang berlaku dan majoritinya adalah orang Cina.

Kesan daripada itu, pemuda-pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut.

Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk Melayu Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuh raya tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan.

Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati.

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu.

Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.

Jika ia merupakan isu perkauman, sudah tentu pada hari itu orang Cina dan Melayu akan berbunuhan sesama sendiri di negeri-negeri tersebut seperti di selatan Thai.

Persepsi Kalangan orang Melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap kaum Cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan.

Berdasarkan dokumen yang baru 'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.

"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.

Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.

"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ, kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.

"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.

"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan kaum Mei 13' di masa depan, dan menghentikan masalah polarisasi kaum di Malaysia'," kata Lim

2.0 - PUNCA BERLAKUNYA KONFLIK

 👉Layanan berat sebelah tentera Jepun

      -Masyarakat Melayu dilayan secara berbeza-beza 

      -Masyarakat Cina dilayan teruk oleh tentera Jepun berbanding masyarakat Melayu.

      -Layanan berat sebelah ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dan dendam masyarakat               Cina terhadap masyarakat Melayu.



👉Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.

 -PAP telah lantang bersuara tentang rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang melayu dalam perlebagaan orang Malaysia

 - Mendakwa hak kaum lain diketepikan dan kononya  mereka telah disishkan daripada keadilan

-Isu sebenar terjadi nya tragedi 13 mei ini apabila kaum kaum lain merasa tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu

 -PAP berjanji akan menghapus kan hak orang melayu jika merka memenangi pilihan raya tersebut.

 -Tunku membuat keputusan memaksa singapura keluar dari malaysia setelah menyedari bahayanya pengaruh cina dari majoriti singapura pada 9 ogos 1969 



👉Perbezaan budaya dan agama

-Kaum melayu sebahagian besar nya beragama islam, kaum cina pula beragama Buddha,Lao-Tza, Taoisme, dan conficius dam kaum india beragama hindu serta terdapat juga agama kristian.

-Setiap kaum mempunyai kebudayaan sendiri,perbezaan antara kaum dan agama sedikit sebanyak telah menyinggung perasaan dan emosi penganut agama lain tanpa disedari.



👉Masalah ekonomi

-Perbezaan kegiatan ekonomi menyebabkan timbul nya jurang perbezaan antara kaum dan persaingan ekonomi secara tidak sihat dan perasaan tidak puas hati

- Cemburu dengan kegiataan ekonomi kaum lain.

-Orang melayu mencemburui kemewahan orang melayu manakala orang cina mencemburui kelebihan orang melayu yang dapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.



            3.0 - PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969 

Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli ahli politik dan setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah "yamng baik buat jadi tauladan yang buruk dijadikan sempadan ." Pertama , rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa . Malahan , rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan hanta benda . Kedua , langkah langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum . Ketiga , perpaduan nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin . Keempat , dan akhir sekali , peristiwa 13 mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain . Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain .



 











Comments

  1. Perkongsian yg baik dan sgt bermakna

    ReplyDelete
  2. Perkongsian dan info yang baik, terbaik

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik..isi yang sgt padat

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang bagus dan isi mudah difahami

    ReplyDelete
  6. Parisian yang padat dan pengajaran yang ditampilkan sangat jelas

    ReplyDelete
  7. Amazing write-up👏reminds me about this history.. 😍

    ReplyDelete
  8. Penulisan yg baik, penuh informasi

    ReplyDelete
  9. Mantabb bole mantap kan lagi sejarah gue 💯💯

    ReplyDelete

Post a Comment